Pelancongan di Pulau Pinang merudum?

Kalau sebut saja “Pulau Pinang” atau “Penang”, apa yang terus menerjah di minda kebanyakan orang ialah negeri di utara Semenanjung Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang agak menarik, dan untuk yang pernah datang atau tinggal di situ, sebagai lokasi yang dirindui, baik oleh orang tempatan di Malaysia mahupun orang dari luar negara.

Perkara ini jelas disokong oleh analisa melalui Google Insight, biarpun media-media tempatan lewat ini lebih banyak mengutarakan topik-topik berkisar politik mahupun perniagaan atau industri tertentu yang mana tak dapat juga dipisahkan jauh dari ekonomi berdasarkan pelancongan atau imigrasi kumpulan orang-orang dari beberapa negara – sama ada untuk berkerja, berniaga ataupun sekadar bersiar-siar yang mana topik-topik carian utama adalah didominasikan hal-hal perhotelan, peta dan restoran serta Jambatan Pulau Pinang yang terkenal.


(Ini berbeza misalnya dengan negeri-negeri lain di utara Semenanjung – Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu yang mana carian-carian tertumpu berkisar politik dan kerajaan, keagamaan, pekerjaan, pendidikan, hiburan dan sukan, dan sebagainya, yakni isu-isu setempat).

Malah, orang Pulau Pinang sendiri amat gemar melancong (selain orang Kedah, Sabah dan Melaka):

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa Pulau Pinang semakin kehilangan pelancong asing, mahupun minat ramai orang sebagai destinasi percutian pilihan? Google Insight misalnya menunjukkan tahap carian yang amendatar selama enam tahun sejak tahun 2004


Begitu juga dengan laporan yang diwartakan di laman rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana jelas menunjukkan penurunan ketara pelancong asing, berjumlah lebih 750,000 orang setahun atau lebih sepertiga bagi tempoh enam tahun dari 2001 hingga 2006. Jumlah ketibaan pelawat luar di Pelabuhan Swettenham dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas juga merosot lebih 150,000 orang ataupun lebih 20% dalam tempoh yang sama:

Malah kebanyakan orang di Malaysia sendiri lebih gemar melancong ke destinasi luar negara seperti Macau dan Taiwan. Destinasi tempatan pula seperti Melaka, Terengganu dan Sabah/Borneo juga lebih menjadi pilihan berbanding Pulau Pinang:


Untuk orang tempatan, pastinya kehadiran orang luar dari Bangladesh, India, Indonesia, China dan negara-negara Arab lebih disedari walaupun, secara tradisinya kita seolah-olah diberi gambaran bahawa lebih banyak pelancong asing dari Eropah, Australia atau Jepun yang meminati Pulau Pinang sebagai destinasi percutian.

Kurangkah memberangsangkan?

Apa perlu hanya menuding jadi meletakkan tanggungjawab kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak tertentu termasuk penduduk Pulau Pinang sendiri? Atau mungkin kita hanya perlu merubah tumpuan kepada perkembangan terkini, khususnya untuk pengusaha-pengusaha tempatan?

Pertama, kita tahu tentang ketibaan ramai pekerja asing, yakni, industri-industri yang memerlukan pekerja murah akan terus berkembang khasnya di bidang pembuatan dan khidmat hospitaliti – makanan dan penginapan.

Kedua, laporan terkini juga menyerlahkan perkembangan positif di bidang pelancongan perubatan (medical tourism) atau mungkin juga di bidang pendidikan. Laporan The Star misalnya menyatakan bidang pelancongan perubatan di Malaysia meningkat tiga kali ganda sejak 2003 kepada 341,288 orang menyumbang kepada kutipan lebih RM300 juta dan catatan peningkatan 16% pada tahun 2008. Lebih dua pertiga ‘pelancong’ terbabit adalah dari Indonesia, dan selebihnya ramai dari Singapura (10%), Jepun (5%) dan Eropah (3%). Laporan tersebut juga menyatakan Pulau Pinang, Melaka dan Johor sebagai destinasi pilihan, (The Star: Malaysian medical tourism growing, http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/14/business/3245091&sec=business ) yang mana Pulau Pinang mencatatkan lebih 50,000 pelancong perubatan pada tahun terbaru. Untuk senarai hospital berkaitan, rujuk http://www.tourismpenang.gov.my/medical_tourism.html

Ketiga, berdasarkan carian di Google, pengusaha tempatan perlu menumpukan hospitaliti lebih khususnya untuk pelancong domestik dari Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan Selangor) serta Johor. Ini supaya lebih ramai pelancong ‘cuti-cuti Malaysia’ orang tempatan datang menjenguk Pulau Pinang. Kalaupun penumpuan adalah untuk menarik pelancong dari negara luar, lebihkan untuk orang dari Singapura, Australia, Hong Kong dan Thailand.

FAKTA BIASA? Macam mana tu?

Tumpukan penginapan bajet, tarikan pelancongan keindahan alam khususnya pantai, taman dan trek hutan, dan makanan yang sedap tapi tidak terlalu mahal! Tak perlu terlalu lebih berbelanja untuk pertunjukan budaya kononnya untuk pelancong luar!!

Kalaupun nak dibuat pertujukan kebudayaan dan keseniaan, fikir tentang orang Malaysia sendiri, yakni budaya dan seni tempatan yang boleh disertai sekali ataupun, seni/kebudayaan luar supaya pelancong tempatan tak perlu berbelanja besar ke luar negara, tapi menikmati hiburan seakan-akan luar dalam negara sendiri!

FOKUS di Pulau Pinang:

1. PANTAI:

  • Batu Feringgi
  • Pantai Monyet
  • Pantai Kerachut
  • Tanjong Bungah
  • Pantai Pasir Panjang

2. BUKIT:

  • Bukit Bendera
  • Bukit Jambul
  • Bukit Relau (Anjung Indah)
  • Bukit Mertajam

3. HUTAN LIPUR

  • Hutan Lipur Cherok To’Kun
  • Hutan Lipur Bukit Panchor
  • Taman Negara Teluk Bahang

4. PULAU PERANGINAN/RIADAH:

  • Pulau Aman
  • Pulau Rimau
  • Pulau Jerejak


5. LAIN-LAIN (WARISAN/KEBUDAYAAN):

  • Kota Cornwallis
  • Meriam Sri Rambai
  • Menara Jam Peringatan Victoria
  • Rumah Kongsi Suku Khoo
  • Kuil Taoist Dewa Mercy, Pulau Pinang
  • Gereja St George, Anglican, Pulau Pinang
  • Kuil Hindu Maha Mariamman
  • Masjid Kapitan Kling
  • Kuil Kek Lok Si
  • Menara KOMTAR
  • Kuil Kek Lok Si
  • Kuil Ular
  • Empangan Mengkuang
  • Air Hitam Dalam
  • Ampang Jajar Sungai Krian
  • Taman Rekreasi Taman Robina
  • Taman Bandar, Ampang Jajar
  • Taman Burung
  • Perkampungan Tradisional di Bayan Lepas, Balik Pulau, Nibong Tebal, Tasek Gelugor dan sebagainya.

SEKALI LAGI, fikirkan tentang pelancong Malaysia, bukan pelancong asing! Misalnya, perbanyakkan kempen dan iklan dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil misalnya, bukan sentiasa asyik dalam bahasa Inggeris sahaja.

Kalau tak mau dengar cadangan orang tempatan sendiri, cuba dengar apa penulis New York Times kata semasa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi kedua mesti-lawat tahun 2009. (The Star: NY Times readers choose Penang as No 2 must-visit destination for 2009) – Jangan nak roboh saja kalau tak ada perlaksanaan segera untuk gerai-gerai yang betul akan mengambil hati dan minat pelancong Malaysia! (Kalau asyik nak cantik saja kononnya untuk menarik pelancong negara luar, makanan semua nanti naik harga – sebab kos gerai termasuk gerai MPPP/MPSP naik lebih lima kali dalam masa dua dekad ini, justeru harga makanan pun, dan pelancong Malaysia pun bakal makin kurang drastik tak mai!!)

Setuju? Tak Setuju? Nyatakan pendapat anda…