Sekitar Majlis Penyempurnaan & Kesinambungan TeleWorking


Lagi gambar di b-p-s.blogspot.com

Baru-baru ini aku telah dijemput ke Majlis Penyempurnaan & Kesinambungan TeleWorking yang dianjurkan oleh YKS. Acara ini diadakan bertempat di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth.

YKS sebagai sebuah NGO mempromosikan telekerja ini sebagai satu lagi saluran kerja.

Ringkasnya, teleworking ni kerja dari rumah. Dengan menjadi teleworker, anda akan bekerja dengan majikan anda dari ‘kemudahan’ rumah. Anda mungkin perlu datang pejabat 1 hingga 2 jam, kemudian meneruskan kerja anda di rumah.